Pages

You Are No>>

mY LiFe,mY SecReCt

Tuesday, March 29, 2011

seni patung terkecil di dunia

  night everyone....kali ni punya post i nak cite pasal 1 seni yang amat unik sangat i memang kagum...ari ni hujan seharian...i bagun tdo and tido balik, bagun and tido balik...he3, class pun skip3...malas nak bergerak, so i cari2 and cari2 lagi sampai jumpa dia ni,hu3 bayangkan dapat buat seni patung yang kecil sampai dapat letak dalam lubang pada jarum...hurmmmm...i pun susah nak pecaya and this is not hocus pocus keh...ha3, no camera trick, no magic and semua yang sewaktu dengannya...jom let this time journey begin...

lahir pada 1957 di Birmingham. Willard Wigan memulai berkarya pada usia muda. Ia adalah seseorang yang mengalami disleksia (kesulitan membaca)  dan berbagai jenis kesulitan belajar lain, yang membuatnya susah mengikuti pelajaran di sekolah. Sebagai pelarian, dia cuba menciptakan karya yang tidak dapat dilihat dengan mata normal manusia. betul kata orang blessing in disgue...ada saja hikmahnya ye...


“Semua bermula saat saya berusia 5 tahun”, katanya, “Saya membuat rumah untuk semut karena saya berfikir mereka perlukan tempat tinggal.  "saya membuatkan mereka kasut dan topi. Semua itu adalah dunia fantasi tempat saya lari dari disleksia karena saya tidak tahan terhadap guru yang selalu mengkritik kesulitan belajar saya.Itulah bagaimana kisah saya sebagai microsculptor berasal”




Hasil karya Willard hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Setiap karyanya boleh diletakkan di dalam lubang jarum. Pengorbanan personalnya sangat besar dalam tiap penciptaan karyanya. Willard memasuki tingkat meditasi dimana degup jantungnya melambat, hingga membuat ia dapat mengurangi getaran pada tangannya agar dapat menciptakan karya.. Bahkan gema dari suara jalanan di luar dapat mengganggu pekerjaannya, makanya ia memilih bekerja pada malam hari saat gangguan minim.
Hasil karya Willard sering disebut sebagai keajaiban dunia ke delapan. Ia bahkan telah mendapat penghargaan dari Prince Charles untuk hasil karyanya yang mengagumkan.





Ia menggunakan peralatan operasi yang kecil untuk membuat karyanya dari emas dan butiran pasir. Untuk mengecat, ia sering menggunakan rambut halus yang berasal dari lalat yang telah mati.ni lah ornag yang i cite kat atas tadi...and now let see his hand job! great....




cantik dan bergaya lah...kata i ada style lah....eh, dah ujan balik lah,jom tido lagi,hu3 till then smxoxo

Friday, March 25, 2011

saya dan mereka!

Hi! it had been a long time i dont write anything, i am so super buzy lately and there are a lot will coming untill the end of semester...presentation yang banyak, tugasan2 yang juga banyak, wow! dasyat, tapi baru2 ni i diberi peluang untuk actually give a hand to a huge and great activities, and this thing also make me so buzy and this night after collecting all information and material i write it on...

at the beginning my class member ask me to find the rumah anak yatim, i got 4, tapi kitaorang dah cut2 sampai yang last ni...bagi i yang ni paling teruk...segala perancangan pun kitaorang atur, memang superlah...i pun mula rasa stress sebab i sendiri turun padang and there are a lot thing to do in a short time, adoi, but at the end of the day kita dapat kumpul duit and barang2...


ni picture i, kawan2,budak2 sana, yb and abah...when i remind it back it so great, i janji pada semua yang i akan buat yang terbaik untuk dapatkan dana untuk mereka and to be honest it was a hard and stressull journey but the end of the dey i fell so peaceful from the time it over untill now...diaorang amat susah, i juga bangga sebab all my friend it here with me, they are great, ramai yang x percaya kitaorang dapat kumpul cash rm5 k, penapis air bio aura, bantal 40 biji, pinggan and a lot more i just 10 days.my friend memang great.


ni time budak2 tu nyayi lagu nasyid...i suka pegi sana, fell so good and all the boys call me abang que, ha3...so not me but it still ok if i compared to my friend, his name is azfar but the boys call him abang zack...ada kena mengena? tak kot but still sweet,ha3, rata-rata budak2 ni umo 7 tahun sampai 19 tahun, ada 75 penghuni semuanya. korang tau lepas aje diaorang nyayi tros diaorang lari2 n jerit woooooo...ha3, so not hipokrit, i suke giler, 5 star for that, LOL


this is the owner...and one of my friend...amar namanya...suasana umah ni memang lain lah, tengoklah pokok2 di belakang tu, atually umah ni dalam kebun getah sebenarnya...i memang admire him most lah, ouh tapi masa this event his wife tak dapat hadir...ke umrah, hopely she will happy with all the result after she are here in a few week...




i atually in unit saguhati...so masa i siapkan saki baki hadiah untuk adik2 kat sana,he3...sambil2 tu borak2 dengan yang perempuan tu kak fatiah and the boy was abang razis...cenderahatinya simple saja just mug yang diisi dengan some sweet...and of course it become so sweet,ha3 LOL...tapi i buat sikit je, yang lain2 orang lain buatkan...




ni sebenarnya when everything was not begin yet...kucar kacir skit unit i ,macam ketuanya juga...tapi fuhhh last2 dapat bagi juga...lega sekali...




adik2 angkat i...yang baju warna coffee tu nasa'i and yang the boy with black tu mustakim...semua ada cerita masing2...may Allah bless all of them.amin.till then smxoxo

Thursday, March 17, 2011

Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya

Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun.

Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’en sebagai seorang pemimpin Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran dan penyusunan kerajaan…?

Malangnya, keistimewaan dan keutamaan Muawiyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya lantaran terpedaya dengan fitnah yang ditabur oleh musuh-musuh Islam dalam sejarah mereka semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga sukar untuk kita mencabut dan membersihkannya melainkan jika kita memiliki keupayaan besar dan bersedia untuk mengorbankan masa yang lama untuknya.

Keutamaan dan kelebihan Muawiyah terbukti di dalam Al-Quran yang menyebutkan kelebihan-kelebihan para sahabat r.anhum dengan banyak sekali dan juga di dalam hadith-hadith, dan atsar para sahabat dan tabi’en. Antaranya yang dinyatakan di dalam kitab sohihaini; Rasulullah saw bersabda; "tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." (Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah.)
Keutamaan yang lain: Beliau merupakan penulis wahyu, menunjukkan betapa tingginya kedudukan beliau dari kalangan sahabat-sahabat baginda saw, dan membuktikan betapa Rasulullah mempercayainya. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang pemimpin yang terpimpin dan seorang yang diajarkan oleh Allah pengetahuan tentang Al-Kitab dan ilmu hisab, dijauhi azab dan lain-lain. Sebagaimana didoakan oleh Rasulullah supaya dimantapkan pemerintahannya. : “ya Allah jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah(manusia) dengannya” -(sohih tarmizi jld.2)

Rasulullah juga berdoa; “ya Allah ajarkanlah dia Kitab dan hisab dan peliharalah dia daripada azab”. Sebenarnya hanya segelintir sahaja daripada kalangan sahabat yang didoakan secara khusus oleh Rasulullah berkenaan hal itu.

Pernah beliau dicela di hadapan Saiyidina Umar, maka Saiyidina Umar pun berkata, "Janganlah kamu mencela anak muda Quraish ini. Dia adalah seorang yang boleh ketawa ketika marah (terlalu penyantun). Tidak boleh diambil apa yang ada padanya melainkan dengan persetujuannya dan tidak boleh diambil apa yang ada di atas kepalanya melainkan dari bawah dua tapak kakinya."

Namun sejarah ini telah diselewengkan melalui pakatan jahat diantara perancang-perancang yahudi dan majusi. Mereka menyebarkan propaganda yang memburukkan khalifah umat Islam pada masa itu. Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin Saiyidina Uthman.

Golongan ini jugalah yang telah menyebarkan fitnah di zaman Saiyidina Ali dengan berselindung secara berbaiah kepada Ali. Mereka jugalah yang memburuk-burukkan Saidina Muawiyah dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan liar sememangnya telah lama menjadi syiar pengikut Abdullah Ibnu Saba’, bahkan ada di antara mereka telah memakai topeng taqiyyah, berpura-pura sebagai sunni lalu melontarkan bermacam-macam fitnah.

Masakan seorang sahabat agong Rasulullah saw seperti Muawiyyah itu akan tergugat oleh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh Islam itu. Seorang sahabat biasa Nabi saw pun tidak tergugat dan tercedera kerana riwayat-riwayat golongan ini walaupun ia dinukilkan oleh beribu-ribu Thobari dan Jazari, berjuta-juta Kalbi dan Waqidi.

Inilah sepatutnya menjadi pegangan kita. Bagaimana kita boleh persoalkan tentang orang-orang yang telah dita’dilkan oleh Allah swt sendiri dalam firmannya yang bermaksud : dan demikianlah kami telah menjadikan kamu(sahabat) satu ummat(generasi) yang adil dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul pula menjadi saksi atas kamu.” (al-Baqarah : 143)

*Di ambil dari www.iluvislam.com. Karangan: zahro. Editor: deynarashid

Wednesday, March 2, 2011

kiasah doa ibu dari nabi kita


Assalamualaikum and a very good morning to all viewer...saya rindu mak saya, dah dekat dua bulan tak jumpa...bila tau ada midterm/test je abah dan mak akan cll,sometimes tak sampai ati i nak cakap tak reti buat,tapi diaorang tak penah marah....waaaa...nak gila dah i rindu diaorang.so pagi ni i nak share kisah ni,dari nabi kita taw...moga2 i tak lupa mak i arini,esok2 dan sampai i mati. cerita ni dari buku Bahjatun Nadhirin (1/345-347) karya Syaikh Salim Al-Hilali cet. Darr Ibnu Jauzy.lagu ni i suka,mak i gelak besar dalam cita hantu mak limah balik rumah bila sampai part ni.dan lirik lagu ni macam kena ja,hi3...so lonely untill you came back!, macam tuju dekat orang yang tak ada disisi kita, tapi bila dia ada kita happy. diakhir cerita ni kita akan dapat betapa berkuasanya doa ibu...walaupun doa itu sesuatu yang buruk.


Doa seorang ibu sungguh ajaib. Baik doa kebaikan ataupun doa buruk. Rasulullah pernah menyampaikan suatu kisah menarik berkaitan dengan doa ibu. suatu kisah nyata yang terjadi.so,mari kita semua ambil iktibar,so that kita tak lupa ibu bapa kita. 

Dahulu, ada tiga orang bayi yang diberi kelebihan untuk bercakap. Salah satu kejadia itu berlaku kepada bayi yang dituduh kepunyaan Juraij yang dikatakan berzina dengan pelacur. Juraij adalah seorang ahli ibadah, dia memiliki sebuah tempat ibadah yang sekaligus jadi tempat tinggalnya.
Suatu ketika Juraij sedang melaksanakan solat, tiba-tiba ibunya datang memanggilnya: "Wahai Juraij". Dalam hatinya, Juraij bergumam: "Wahai Robbku, apakah yang harus aku dahulukan... meneruskan solatku ataupun memenuhi panggilan ibuku?!".
Dalam kebimbangan, dia tetap meneruskan solatnya. Akhirnya ibunya pulang. Esok harinya, ibunya datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Juraij yang saat itu pun sedang solat bergumam dalam hatinya: "Wahai Robbku, apakah aku harus meneruskan solatku... Ataukah (memenuhi) panggilan ibuku?l". Tetapi dia tetap meneruskan solatnya.

ibunya kembali pulang untuk kedua kalinya. Ketiga kalinya, ibunya datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Lagi sekali  Juraij sedang menunaikan solat. Dalam hatinya, ia bergumam: "Wahai Robbku, haruskah aku memilih meneruskan solatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?I". Tetapi dia tetap meneruskan solatnya.
Akhirnya, dengan kecewa setelah tiga kali panggilannya tidak mendapat sahutan dari anaknya, ibunya berdoa: "Ya Alloh,janganlah engkau matikan Juraij hingga dia melihat wajah wanita pelacur".

Orang-orang bani Israil (ketika itu) sering menyebut-nyebut nama Juraij serta mengagumi ketekunan ibadahnya, sehingga ada seorang wanita pelacur berparas cantik jelita mengatakan: Jika kamu semua mahu, aku akan menggodanya (Juraij).
Wanita pelacur itupun kemudian merayu dan menawarkan diri kepada Juraij. Tetapi sedikitpun Juraij tak peduli. Namun apa yang kemudian dilakukan oleh wanita itu? 
dia telah pergi kepada seorang  pengembala di sekitar tempat ibadah Juraij.
demi terlaksananya tipu muslihat, wanitu itu kemudian merayu dan menggoda pengembala itu. Maka terjadilah zina antara dia dengan penggembala itu. Hingga akhirnya wanita(pelacur tadi) itu hamil.
Dan bayi tadi telah lahir, dia membuat pengakuan palsu dengan berkata kepada semua orang: "Bayi ini adalah anak Juraij." Mendengar hal itu, masyarakat percaya dan beramai-ramai pergi tempat ibadah Juraij, memaksanya keluar, mereka merosakkan tempat ibadahnya dan memukul juraij.
Juraij yang tidak tahu masalahnya bertanya dengan hairan: "kenapa saudara buat begini?". "Kamu telah berzina dengan wanita pelacur dan sekarang dia telah melahirkan anakmu", jawab mereka.
Maka, tahulah Juraij bahwa ini adalah angkara wanita peIacur itu. Lantas bertanya: "Dimana bayi itu?". 


Merekapun membawa bayi itu. Juraij berkata: "Biarkan saya melakukan sholat dulu", kemudian dia berdiri dan solat.
selesai menunaikan solat, dia menghampiri si bayi lalu mencubit perutnya dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah ayahmu?" Si bayi menjawab: "Ayahku adalah si fulan, seorang pengembala".
Akhirnya, masyarakat bergegas menghampiri Juraij, mencium dan mengusapnya. Mereka minta maaf dan berkata: "Kami akan membangunkan tempat ibadahmu dari emas". Juraij mengatakan: "Tidak, bangun saja seperti semula yaitu dari tanah liat". Lalu merekapun membinanya.
 kesimpulannya ajaib doa ibu....so,apa lagi,ambillah fon korang and call mak and abah kita...till than smxoxo

Tuesday, March 1, 2011

cerita macam mana gembirakan hati yang sedih,kecewa,terluka

   hari ni 1.3.11 adalah 1st day i move on my life as 22yo person...i keep thingking what will hapending in future and what i had left behind, so for the first post in this aged, i nak cerita macam mana gembirakan hati yang sedih,kecewa,terluka...i doakan semua happy2 sokmo...


1.Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur for all a.k.a everything that i and u ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana masih ada hari ini, masih ada wang untuk u mamam, u minum,masih ada parent dan juga teman serta musuh, bila kita bersyukur pada benda yang simple than baru kita akan ingat pekara yg lagi besar, ucapkan sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korang. Buat banyak kali dalam sehari.sekuangnya kita ada semua yang kita syukur tu,orang lain maybe dah tak ada, pekara yang i paling bersyukur dalam idup i ialah i ada abah,mak dan adik2 yang baik...syukur

2.Hati Mesti dasyat.
Bukan dasyat bukan2, maksud i kekerasan hati,rajin2 buat do no je,ni memang cara i,sabar banyak2, kita kena pandai kawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.kalau ada kekurangan akur ja,kalau salah orang lain diam ja.musibah datang sebab ujian...ia akan pergi,jadi cool           
 Sebelum masuk tidur, set minda kita untuk jadi ceria pada esok harinya.kata kat diri kita.

Selepas bangun tidur, kata pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita mula.     
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.senyum...

3.Gelak kuat3...
bukan dibuat-buat, tapi biar gelak yang iklas, macam kata orang putih laught is a good madecine...i suka gelak,ha3. kalau gelak mesti korang best. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa nak feeling2,sedih2,gelak je.

4. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi it was the hard thing to do. Mengaku sajalah...kita akan sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori2 dulu,kan? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.yang lalu biar ja.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan alih perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi rilex2 ja.


5. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah benda yang dah jadi,. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita,tapi cari cara  bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.


Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh cipta semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

6.Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gelombang fikiran negatif yang ada.

Kalau kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… kitapun susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap gaban..belajar menjadi pemaaf.



      

jom kita sama2 amal, i betul2 nak jadikan 22yo tahun yang terbaik,i nak jadi baik untuk diri i,nak cari seseorang untuk bagi i happy juga...semua yang baca entry i tolong dakan k...till than smxoxo...
Powered By Blogger

welcome gadget


burung