Pages

You Are No>>

mY LiFe,mY SecReCt

Wednesday, November 10, 2010

santau by my tok

m
apa ko wat jang?
yanga ni bahan2 dier...



sekarang i ade kat kg(penang),dalam borink2 ni i g lah kat my tok,i pikir mesti ada cite lagi,so i sampai je blik dia i cakap,'tok borink la',dia kate 'tengok lah tv,cita mat bunga(tv2)'.i pun tgok lah,i taw tok malas lah tu,suddenly ada part remy ishak mandi bunga(patut u hansem,hi3),tok i ckp,laki2 sekrang pun mandi bunga,ingat perempuan je,masa zaman2 tok dulu laki2 gila blaja benda2 kebal,kuat x pun santau(ouh tok i 70ty something k) i pun ask her ape tu santau tok ,apa depa guna...tok cakap: Ada 3 jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal/miang, bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada benda untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah seperti miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yg masih hidup. Mangsa yg terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badan diaorg terasa bisa sgt.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, telur ayam kosong, bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

extraordinarydesign punya web side lak share this thing,lets check it out together yaw...

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai santau angin atau santau seru, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Ada 2 jenis santau: 1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
sintom Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana2 organ dalam badan.
Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6.Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan2 racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi2 . Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau is made of daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dll.till then sm xoxo

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

welcome gadget


burung