Pages

You Are No>>

mY LiFe,mY SecReCt
Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

cerita dua ekor hantu

   hi3...lamanya i tak tulis ape2...so buzy, in four day my final will be around.so u all know lah kan...hu,my emo pun x stabil...stress so this night i want to share one story that make me laugh loud this night...i hope this can make all my viewer happy to...   
tersebutlah kisah dua ekor hamtu bertemu di sebuah lokasi yang tidak diketahui lokasinya...yang pentingnya ni bukan hantu mak limah ok...(watak dalam filem 'hantu mak limah balik rumah')panjang lebar hantu itu bercerita hikayat hidup mereka (bukan hikayat merong mahawangsa ok LOL)sepanjang berborak hantu A melihat hantu B asyik menggigil tak henti-henti.hantu A hairan dan terus bertanya... 
hantu A: kenapa kau asyik menggigil?
hantu B: oh...cara aku mati dulu teruk, aku mati dalam peti ais...sejuk beku
hantu A: oh,kesian kau...aku pula mati sebab serangan jantung (heart attack)
hantu B: ish dasyatnay, kenapa kau tak buat pembedahan by pass? kalau tak mesti kau tengah           lepak dengan bini kau!
hantu A: aku dah buat dah, tapi tak jadi...panjang ceritanya 
hantu B: cer cita...cer cita...
hantu A: macam ni, aku syak bini aku main kayu 3, jadi aku ingat nak perangkap dia, so aku pura-pura pergi kerja padahal aku parking kereta aku di hujung simpang jalan taman rumah aku. seperti aku jangka ada seorang lelaki dengan selamba masuk rumah aku, aku pun tunggu masa nak cekup!
hantu B: kau dapat cekup jantan tu?
hantu A: tak. hairan betul...aku jumpa bini kau dalam bilik tapi laki tu ghaib! habis satu rumah aku pusing cari tapi tak jumpa juga, aku terlalu hangin sangat, aku tak putus asa, aku cari lagi dan lagi tiba-tiba aku jatuh sebab kena serangan jantung, tak sangka pula aku akan mati...hairan aku, mana la laki tu menyorok.
hantu B: terdiam seketika...selepas itu ahntu b berkata: kenapa kau tak cari dalam peti sejuk? kalau kau periksa kat situ mesti kita berdua hidup lagi...
hantu A: buat apa la bini aku la
hantu B: buat apa la gilrfriend ak tu
till than smxoxo

Thursday, March 17, 2011

Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya

Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun.

Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’en sebagai seorang pemimpin Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran dan penyusunan kerajaan…?

Malangnya, keistimewaan dan keutamaan Muawiyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya lantaran terpedaya dengan fitnah yang ditabur oleh musuh-musuh Islam dalam sejarah mereka semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga sukar untuk kita mencabut dan membersihkannya melainkan jika kita memiliki keupayaan besar dan bersedia untuk mengorbankan masa yang lama untuknya.

Keutamaan dan kelebihan Muawiyah terbukti di dalam Al-Quran yang menyebutkan kelebihan-kelebihan para sahabat r.anhum dengan banyak sekali dan juga di dalam hadith-hadith, dan atsar para sahabat dan tabi’en. Antaranya yang dinyatakan di dalam kitab sohihaini; Rasulullah saw bersabda; "tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." (Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah.)
Keutamaan yang lain: Beliau merupakan penulis wahyu, menunjukkan betapa tingginya kedudukan beliau dari kalangan sahabat-sahabat baginda saw, dan membuktikan betapa Rasulullah mempercayainya. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang pemimpin yang terpimpin dan seorang yang diajarkan oleh Allah pengetahuan tentang Al-Kitab dan ilmu hisab, dijauhi azab dan lain-lain. Sebagaimana didoakan oleh Rasulullah supaya dimantapkan pemerintahannya. : “ya Allah jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah(manusia) dengannya” -(sohih tarmizi jld.2)

Rasulullah juga berdoa; “ya Allah ajarkanlah dia Kitab dan hisab dan peliharalah dia daripada azab”. Sebenarnya hanya segelintir sahaja daripada kalangan sahabat yang didoakan secara khusus oleh Rasulullah berkenaan hal itu.

Pernah beliau dicela di hadapan Saiyidina Umar, maka Saiyidina Umar pun berkata, "Janganlah kamu mencela anak muda Quraish ini. Dia adalah seorang yang boleh ketawa ketika marah (terlalu penyantun). Tidak boleh diambil apa yang ada padanya melainkan dengan persetujuannya dan tidak boleh diambil apa yang ada di atas kepalanya melainkan dari bawah dua tapak kakinya."

Namun sejarah ini telah diselewengkan melalui pakatan jahat diantara perancang-perancang yahudi dan majusi. Mereka menyebarkan propaganda yang memburukkan khalifah umat Islam pada masa itu. Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin Saiyidina Uthman.

Golongan ini jugalah yang telah menyebarkan fitnah di zaman Saiyidina Ali dengan berselindung secara berbaiah kepada Ali. Mereka jugalah yang memburuk-burukkan Saidina Muawiyah dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan liar sememangnya telah lama menjadi syiar pengikut Abdullah Ibnu Saba’, bahkan ada di antara mereka telah memakai topeng taqiyyah, berpura-pura sebagai sunni lalu melontarkan bermacam-macam fitnah.

Masakan seorang sahabat agong Rasulullah saw seperti Muawiyyah itu akan tergugat oleh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh Islam itu. Seorang sahabat biasa Nabi saw pun tidak tergugat dan tercedera kerana riwayat-riwayat golongan ini walaupun ia dinukilkan oleh beribu-ribu Thobari dan Jazari, berjuta-juta Kalbi dan Waqidi.

Inilah sepatutnya menjadi pegangan kita. Bagaimana kita boleh persoalkan tentang orang-orang yang telah dita’dilkan oleh Allah swt sendiri dalam firmannya yang bermaksud : dan demikianlah kami telah menjadikan kamu(sahabat) satu ummat(generasi) yang adil dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul pula menjadi saksi atas kamu.” (al-Baqarah : 143)

*Di ambil dari www.iluvislam.com. Karangan: zahro. Editor: deynarashid

Wednesday, March 2, 2011

kiasah doa ibu dari nabi kita


Assalamualaikum and a very good morning to all viewer...saya rindu mak saya, dah dekat dua bulan tak jumpa...bila tau ada midterm/test je abah dan mak akan cll,sometimes tak sampai ati i nak cakap tak reti buat,tapi diaorang tak penah marah....waaaa...nak gila dah i rindu diaorang.so pagi ni i nak share kisah ni,dari nabi kita taw...moga2 i tak lupa mak i arini,esok2 dan sampai i mati. cerita ni dari buku Bahjatun Nadhirin (1/345-347) karya Syaikh Salim Al-Hilali cet. Darr Ibnu Jauzy.lagu ni i suka,mak i gelak besar dalam cita hantu mak limah balik rumah bila sampai part ni.dan lirik lagu ni macam kena ja,hi3...so lonely untill you came back!, macam tuju dekat orang yang tak ada disisi kita, tapi bila dia ada kita happy. diakhir cerita ni kita akan dapat betapa berkuasanya doa ibu...walaupun doa itu sesuatu yang buruk.


Doa seorang ibu sungguh ajaib. Baik doa kebaikan ataupun doa buruk. Rasulullah pernah menyampaikan suatu kisah menarik berkaitan dengan doa ibu. suatu kisah nyata yang terjadi.so,mari kita semua ambil iktibar,so that kita tak lupa ibu bapa kita. 

Dahulu, ada tiga orang bayi yang diberi kelebihan untuk bercakap. Salah satu kejadia itu berlaku kepada bayi yang dituduh kepunyaan Juraij yang dikatakan berzina dengan pelacur. Juraij adalah seorang ahli ibadah, dia memiliki sebuah tempat ibadah yang sekaligus jadi tempat tinggalnya.
Suatu ketika Juraij sedang melaksanakan solat, tiba-tiba ibunya datang memanggilnya: "Wahai Juraij". Dalam hatinya, Juraij bergumam: "Wahai Robbku, apakah yang harus aku dahulukan... meneruskan solatku ataupun memenuhi panggilan ibuku?!".
Dalam kebimbangan, dia tetap meneruskan solatnya. Akhirnya ibunya pulang. Esok harinya, ibunya datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Juraij yang saat itu pun sedang solat bergumam dalam hatinya: "Wahai Robbku, apakah aku harus meneruskan solatku... Ataukah (memenuhi) panggilan ibuku?l". Tetapi dia tetap meneruskan solatnya.

ibunya kembali pulang untuk kedua kalinya. Ketiga kalinya, ibunya datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Lagi sekali  Juraij sedang menunaikan solat. Dalam hatinya, ia bergumam: "Wahai Robbku, haruskah aku memilih meneruskan solatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?I". Tetapi dia tetap meneruskan solatnya.
Akhirnya, dengan kecewa setelah tiga kali panggilannya tidak mendapat sahutan dari anaknya, ibunya berdoa: "Ya Alloh,janganlah engkau matikan Juraij hingga dia melihat wajah wanita pelacur".

Orang-orang bani Israil (ketika itu) sering menyebut-nyebut nama Juraij serta mengagumi ketekunan ibadahnya, sehingga ada seorang wanita pelacur berparas cantik jelita mengatakan: Jika kamu semua mahu, aku akan menggodanya (Juraij).
Wanita pelacur itupun kemudian merayu dan menawarkan diri kepada Juraij. Tetapi sedikitpun Juraij tak peduli. Namun apa yang kemudian dilakukan oleh wanita itu? 
dia telah pergi kepada seorang  pengembala di sekitar tempat ibadah Juraij.
demi terlaksananya tipu muslihat, wanitu itu kemudian merayu dan menggoda pengembala itu. Maka terjadilah zina antara dia dengan penggembala itu. Hingga akhirnya wanita(pelacur tadi) itu hamil.
Dan bayi tadi telah lahir, dia membuat pengakuan palsu dengan berkata kepada semua orang: "Bayi ini adalah anak Juraij." Mendengar hal itu, masyarakat percaya dan beramai-ramai pergi tempat ibadah Juraij, memaksanya keluar, mereka merosakkan tempat ibadahnya dan memukul juraij.
Juraij yang tidak tahu masalahnya bertanya dengan hairan: "kenapa saudara buat begini?". "Kamu telah berzina dengan wanita pelacur dan sekarang dia telah melahirkan anakmu", jawab mereka.
Maka, tahulah Juraij bahwa ini adalah angkara wanita peIacur itu. Lantas bertanya: "Dimana bayi itu?". 


Merekapun membawa bayi itu. Juraij berkata: "Biarkan saya melakukan sholat dulu", kemudian dia berdiri dan solat.
selesai menunaikan solat, dia menghampiri si bayi lalu mencubit perutnya dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah ayahmu?" Si bayi menjawab: "Ayahku adalah si fulan, seorang pengembala".
Akhirnya, masyarakat bergegas menghampiri Juraij, mencium dan mengusapnya. Mereka minta maaf dan berkata: "Kami akan membangunkan tempat ibadahmu dari emas". Juraij mengatakan: "Tidak, bangun saja seperti semula yaitu dari tanah liat". Lalu merekapun membinanya.
 kesimpulannya ajaib doa ibu....so,apa lagi,ambillah fon korang and call mak and abah kita...till than smxoxo
Powered By Blogger

welcome gadget


burung